Program pasport Covid-19 dari China itu merangkumi satu kod QR yang membolehkan setiap negara untuk memperolehi maklumat kesihatan pelawat. foto agensi

BEIJING – China melancarkan program sijil kesihatan bagi pelawat tempatan pertama di dunia yang dipanggil pasport virus.

Sijil digital itu menunjukkan status vaksinasi pemilik dan keputusan ujian virus.

Ia akan ditawarkan kepada penduduk China menerusi satu program di media sosial WeChat yang dilancarkan pada Isnin lalu.

Kementerian Luar China berkata, sijil itu dilancarkan bagi membantu mendorong pemulihan ekonomi global dan memudahkan perjalanan rentas sempadan.

“Namun, sijil kesihatan antarabangsa buat masa ini hanya disediakan bagi warga China dan belum lagi diwajibkan.

“Sijil yang ditawarkan adalah dalam bentuk kertas,” katanya.

Menurut agensi berita Xinhua, program pasport Covid-19 dari China itu merangkumi kod QR yang membolehkan setiap negara memperolehi maklumat kesihatan pelawat.

Kod kesihatan QR itu diperlukan untuk menaiki pengangkutan awam tempatan dan berada di tempat awam di China.

Aplikasi itu akan menjejak lokasi pengguna dan menghasilkan kod hijau bagi menunjukkan pengguna tidak mempunyai kontak rapat dengan kes yang disahkan atau ketika melakukan perjalanan ke tempat yang mempunyai penularan virus. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast