AMMAN – Tentera Jordan memerintahkan abang tiri kepada Raja Abdullah iaitu Putera Hamzah bin Hussein supaya menghentikan sebarang tindakan yang mensasarkan ‘keselamatan dan kestabilan’.
Perintah itu dipercayai ada kaitan dengan rancangan untuk menganggu-gugat kestabilan negara.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita negeri, tentera memberi amaran kepada Putera Hamza yang menjadi sebahagian daripada siasatan keselamatan yang lebih luas dan berterusan, yang mana seorang bekas menteri, juga anggota keluarga diraja ditahan.
Putera Hamza dalam rakaman video mendakwa dia berada di dalam tahanan rumah dan diberitahu untuk tinggal di rumah dan tidak boleh menghubungi sesiapa pun.
Bercakap dalam bahasa Inggeris dalam video tersebut, yang disampaikan oleh peguamnya kepada BBC, Putera Hamza mengatakan dia bukan sebahagian daripada konspirasi asing dan mengecam sistem pemerintah yang korup.
“(Kesejahteraan rakyat Jordan) telah diletakkan pada tempat kedua oleh sistem pemerintah yang memutuskan bahawa kepentingan peribadinya, kepentingan kewangan, bahawa rasuahnya lebih penting daripada kehidupan dan maruah serta masa depan 10 juta rakyat,” katanya kata.
Terdahulu Ketua Tentera, Yusef Huneity menafikan Putera Hamza ditahan tetapi diminta untuk menghentikan aktiviti yang mengeksploitasi untuk mensasarkan keselamatan dan kestabilan Jordan.
Dua orang yang mengetahui situasi itu memberitahu Reuters bahawa pasukan keselamatan telah tiba di istana Putera Hamza dan memulakan siasatan.
Raja Abdullah memecat Putera Hamza sebagai pewaris takhta pada tahun 2004 dalam langkah yang menggabungkan kekuatannya.
The Washington Post mengatakan pihak berkuasa Jordan menahan bekas putera mahkota itu dan menangkap hampir 20 orang lain kerana disebut sebagai “ancaman terhadap kestabilan negara”.
Seorang bekas pegawai Amerika Syarikat yang mengetahui peristiwa di Jordan mengatakan plot itu, yang disifatkannya sebagai boleh dipercayai dan berskala luas tetapi tidak akan berlaku, tidak melibatkan “rampasan kuasa fizikal”.
Sebaliknya, katanya, mereka yang terlibat merancang untuk mendorong tunjuk perasaan yang akan kelihatan sebagai “pemberontakan rakyat di jalanan” dengan sokongan puaknya.
Jordan akan menyiasat sama ada terdapat tangan asing dalam plot berkenaan, kata bekas pegawai AS itu. – MalaysiaGazette
















