Kelantan Covid-19 cases infectivity rate Rt

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,349 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 1,342 merupakan penularan tempatan manakala tujuh lagi kes import.

Menurutnya, kes sembuh baharu pula mencatatkan jumlah 1,270 kes menjadikan kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 335,162.

“Seramai 186 pesakit kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan daripada jumlah itu seramai 94 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya menerusi kenyataan berhubung status terkini Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, terdapat dua lagi kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia iaitu 1,288 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast