Thursday, August 20, 2026
Home Seni Hidup Konsert solo G-Dragon 17 September ini

Konsert solo G-Dragon 17 September ini

Anggota kumpulan Bigbang, G-Dragon.

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Bigbang, G-Dragon akan mengadakan konsert solo G-Dragon 2017 World Tour <Act III, M.O.T.T.E> In Kuala Lumpur pada 17 September depan.

Konsert anjuran IME Malaysia itu akan berlangsung pada pukul 7.30 malam di Stadium Merdeka.

Selain Malaysia, G-Dragon juga akan mengadakan konsert yang sama di 29 bandar di Asia, Amerika Utara dan Eropah.

Untuk konsert kali ini G-Dragon akan bekerjasama dengan Pengarah Kreatif, Willo Perron bagi memastikan perjalanan konsertnya kelak berjalan lancar.

Tiket untuk menonton persembahan G-Dragon akan mula dijual pada 29 Julai ini di Pusat Beli-Belah Cheras Sunway Velocity, bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang dengan harga antara RM210 hingga RM710.

Pada hari pelancaran jualan tiket tersebut, setiap individu hanya boleh membeli 10 keping tiket sahaja dan belian tiket pada hari tersebut akan disertakan dengan sekeping poster yang terhad.

Untuk pembeli atas talian boleh melayari laman TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) pada hari yang sama.

Kaunter tiket terpilih akan mula menjual tiket berkenaan pada 31 Julai ini.

Antara kaunter tiket terpilih yang boleh dikunjungi pembeli adalah di pusat Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan Pusat Beli-Belah The Mines dan 1 Shamelin.

Kaunter tiket turut dibuka di Eden Ultimate, Kuantan dan Blonde Brunette, Pulau Pinang. Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-9222881. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast