'Teh Cina' perisa syabu yang berjaya dirampas Maritim Malaysia.

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 39 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1.95 juta awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Johor, Laksmana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria menerusi kenyataan media berkata,  kejadian berlaku pukul 1.30 pagi di perairan Muar sekitar 1.6 batu nautika tenggara Sungai Kesang, Batu Pahat, Johor.

“Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, bot fiber suspek memecut laju ke arah hutan bakau berhampiran dan dua suspek lelaki bertindak terjun  serta melarikan diri ke dalam hutan bakau.

“Pemeriksaan ke atas bot fiber tersebut telah menjumpai dua beg berwarna hitam yang mengandungi bungkusan teh Cina berwarna hijau dan disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nurul Hizam, setiap  bagasi  berisi  19  bungkusan  yang  dianggarkan  seberat  satu kilogram setiap  satu.

Dadah  yang  dirampas  dipercayai  cuba  diseludup  keluar  ke  negara  jiran dan mengakibatkan  kerosakan  diri  kepada 200, 000 penagih.

Kes akan disiasat di  bawah  Seksyen  39B Akta  Dadah  Berbahaya  1952.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast