Kawasan sebuah pesawat terhempas di Piracicaba. foto Twitter

SAO PAULO – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh selepas sebuah pesawat eksekutif terhempas di kawasan luar perbandaran Brazil, dekat Piracicaba.

Bomba berkata, mereka yang terkorban itu termasuk juruterbang, pembantu juruterbang dan lima penumpang dari anggota keluarga yang sama.

Pesawat itu telah berlepas dari lapangan terbang Piracicaba, yang terletak 164 km dari Sao Paulo.

Kemalangan itu berlaku di kawasan hutan di sebelah Fakulti Teknologi Negeri Sao Paulo, menyebabkan kebakaran, menurut saluran berita Globo News.

Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang dilakukan oleh pasukan bomba. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast