WASHINGTON  – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan ke Texas Selasa ini untuk meninjau keadaan terkini lokasi Taufan Harvey, jelas Setiausaha Media White House, Sarah Huckabee Sanders.

“Kami sedang mengatur logistik dengan pegawai tempatan dan apabila segalanya sudah dikenalpasti, kami akan umumkan. Kami akan terus berdoa untuk semua kawasan yang terjejas,” beritahu Sanders.

Meskipun lokasi lawatan belum diumumkan, tapi Trump dijangka akan mengelak kawasan yang terjejas teruk menurut sumber yang rapat dengan White House kepada CNN.

Lawatan dijangka hanya ke San Antonio namun tidak ke Houston yang teruk dilanda banjir, jelas sumber itu lagi.

Terdahulu Trump telah menyatakan akan ke kawasan terjejas bagi menyatakan sokongan.

“Saya akan ke Texas segera mungkin jika tiada halangan, fokus utama keselamatan,” jelas Trump menerusi entri dalam twitternya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast