covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Terdapat 301 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengahari hari ini.

Pertambahan itu menjadikan angka korban keseluruhan di negara ini sebanyak 23,744 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 108 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam manakala, bakinya 193 kes lagi adalah kes tertunggak.

Data yang ditunjukkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman web CovidNow menerangkan, daripada jumlah itu, sebanyak 92 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan pecahan kes mengikut negeri menunjukkan Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu 130, diikuti Johor (52), Kelantan (23), Pulau Pinang (22), Sabah (19), Perak (15), Kuala Lumpur (13), Sarawak (8), Kedah (6), Pahang (4), Terengganu (4) Melaka (3), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga semalam, terdapat 207,698 kes aktif Covid-19, termasuk 1,154 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 633 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, bilangan pesakit yang sembuh daripada Covid-19 adalah sebanyak 16,814 kes. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast