Pelakon, Remy Ishak.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Remy Ishak menjadi selebriti kedua menolak pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH 34) yang akan berlangsung November ini.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Remy memberi alasan kurang berlakon drama dan filem adalah sebab dia menolak pencalonan tersebut.

“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34.

“Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang,” tulisnya.

Remy merasakan, peluang harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast