Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Total war antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pasti berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Ini kerana, keberadaan Bersatu hasil daripada 15 Ahli Parlimen  UMNO yang lompat parti.

Lantaran itu, UMNO dan Bersatu tidak akan mengalah dalam pemilikan 15 kerusi tersebut.

”Sebab itu penentuannya di PRU-15. Total war pasti berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa selagi UMNO ada, Bersatu sukar hidup.

Lagipun, katanya, parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak akan lupa kehilangan tampuk kepimpinan di Johor dan Perak kerana UMNO.

Apatah lagi Muhyiddin tersingkir sebagai perdana menteri kerana UMNO.

Bahkan, katanya, Muhyiddin pasti menyesal kerana gagal memadamkan UMNO masa beliau menjadi perdana menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast