Abu Asrie (

KUALA LUMPUR – Lapan suspek kumpulan pengganas Abu Sayaff yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan Filipina telah ditangkap di Kuala Lumpur.

Menurut laporan akhbar The Star, polis telah menahan ahli-ahli militan tersebut termasuk ketuanya, Hajar Abdul Mubin dalam satu operasi di Cheras pada malam sambutan Ambang Merdeka, 30 Ogos lalu.

Hajar yang dikenali sebagai Abu Asrie yang ditahan dengan seorang lagi warga Filipina, Abraham Embung, 29, dan enam rakyat Malaysia berketurunan Filipina dari Sabah.

Abu Asrie yang berusia 25 tahun dipercayai merupakan salah seorang ahli kumpulan penculik, Lucky 9 yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayaff berpangkalan dalam hutan di Jolo dan pulau-pulau Basilan di selatan Filipina.

Rakyat Malaysia yang dipercayai dari Sandakan, Sabah dan bekerja di Kuala Lumpur itu berusia di antara 20 hingga 52 tahun.

Sebahagian daripada suspek merupakan pengawal keselamatan dan sebilangannya adalah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), kata sumber.

Menurut sumber perisikan Filipina, geng Lucky 9 terlibat dalam aktiviti penculikan bagi mendapatkan wang tebusan di bandar Jolo.

Mereka terkenal dengan aktiviti menculik mangsa bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak 10,000 peso (kira-kira RM836).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast