Awang Hashim.

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kerja (Pindaan) 2021 (Akta 265) bawah Kementerian Sumber Manusia.

RUU itu diluluskan bagi bacaan kali ketiga dengan sokongan semua Ahli Dewan Rakyat.

RUU Kerja (Pindaan) 2021 itu melibatkan pindaan beberapa seksyen iaitu Seksyen 37, yang memperuntukkan cuti bersalin dilanjutkan kepada 98 hari berbanding 60 hari sebelum ini.

Seksyen 60A dan 60C, bagi mengurangkan waktu kerja dan waktu kerja shif daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.

Seksyen 60F – iaitu mengasingkan cuti hospitalisasi daripada kelayakan cuti sakit minimum yang diperuntukan kepada pekerja untuk memastikan kebajikan pekerja lebih terpelihara.

Penggulungan perbahasan bagi pindaan RUU itu dibentangkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, manakala 17 Ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast