Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Negara jiran Indonesia dan Thailand akan turut serta dengan Malaysia meraikan Aidilfitri hari ini sementara Singapura akan meraikannya esok.

Di Jakarta, Indonesia Menteri Hal Ehwal Ugama Yaqut Cholil Qoumas membuat pengumuman itu malam tadi.

Manakala di Bangkok, Thailand, berita itu dimaklumkan  Sheikul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Bagaimanapun, Singapura tidak akan menyertai Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam meraikan Aidilfitri pada Isnin.

Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan hari pertama Syawal 1443H/2022 jatuh pada Selasa, 3 Mei 2022.

“Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak juga mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS.

MABIMS ialah akronim kepada Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast