MGNews : Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan RM70,000 Tujuh Tahun Lalu

Bekas penjawat awam berusia 65 tahun mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM70,000 pada tujuh tahun yang lalu.

Beliau membuat pengakuan berkenaan di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Ali Askar Sher Mohamed ketika menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi di Sustainable Energy Development Authority Malaysia pada 11 Disember 2015 telah menerima wang tunai berkenaan daripada Pengarah syarikat Green & Smart Sdn Bhd, Navindran A/L Balakrishnan yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast