Teh Hong Piow

KUALA LUMPUR – Pengerusi Emeritus dan pengasas Public Bank Berhad, Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.20 pagi tadi pada usia 92 tahun.

Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Dr Tay Ah Lek berkata, kematian mendiang merupakan kehilangan besar kepada Kumpulan Public Bank.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hong Piow menubuhkan bank ini pada tahun 1965.

Ketika itu beliau berusia 35 tahun.

Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Public Bank sejak operasinya bermula pada 6 Ogos 1966.

Hong Piow kemudian melepaskan jawatannya kemudian dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Public Bank pada 1 Julai 2002 dan bersara pada 31 Disember 2018.

Beliau memegang jawatan Pengerusi Emeritus dan Penasihat Public Bank pada 1 Januari 2019 dan kekal sebagai pengarah bukan eksekutif lembaga pengarah bank itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast