Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Segamat membuat pantauan di kawasan terjejas banjir bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

MANILA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peruntukan yang mencukupi disalurkan kepada mangsa banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka, yang sehingga kini telah menjejaskan 29,000 orang.

Perdana Menteri berkata, beliau juga mengadakan perbincangan dengan timbalanny,a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, tentang keadaan terkini bencana banjir dan jenis bantuan yang akan diberikan, sebelum berlepas pulang dari Filipina hari ini.

“Mengenai banjir di Johor dan Pahang, saya telah diberikan maklumat semasa (tentang bencana). Saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) supaya peruntukan yang cukup untuk mangsa-mangsa banjir,” kata beliau kepada media Malaysia pada akhir lawatan dua harinya ke Filipina hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri bertemu dengan kira-kira 100 orang rakyat Malaysia di Rumah Malaysia di ibu negara Filipina itu.

Anwar juga mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan jambatan di Felda Selancar di Rompin yang laluan utama ke kawasan itu runtuh akibat banjir dan hakisan yang teruk dapat dilakukan dengan secepat mungkin. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast