Home Dunia Lima penumpang bas maut

Lima penumpang bas maut

MOSCOW – Seramai lima orang maut apabila bas yang mereka naiki terjunam ke laluan pejalan kaki di bawah jejambat, di barat ibu kota Russia semalam.

Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian dengan meneliti beberapa kemungkinan termasuk masalah teknikal.

“Sebuah bas dipandu ke arah laluan pejalan kaki. Menurut maklumat awal, lima maut dalam kejadian itu,” kata jurucakap polis trafik, Artyom Kolesnikov.

Polis Moscow dalam satu kenyataan berkata, hasil penelitian mendapati terdapat dua kemungkinan iaitu pemandu hilang kawalan dan masalah teknikal dengan bas itu.

“Pemandu bas mula bergerak dan mengubah arah, yang menyebabkan bas merempuh laluan pejalan kaki.

“Pemandu sudah ditahan. Polis sedang menyiasat beliau,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast