KUALA LUMPUR – Setelah hampir tiga tahun menjadi penyanyi runut bunyi dan popular dengan lagu ‘Sempurna Waktu’ dalam drama TV3 ‘Teman Lelaki Upahan’, iR Radzi kini tampil dengan album sulungnya berjudul ‘Sempurna’.

Album itu amat bermakna bagi pemilik nama sebenar Mohamad Shah Riadzi, 35, kerana ia menceritakan kisah sebenar perjalanan hidupnya sehingga bergelar artis.

Beliau turut menaruhkan lagu ‘Cinta Terakhir’ yang didedikasikan kepada arwah ayahnya, Jamali Ellen yang meninggal dunia pada Ogos 2016 akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru yang bakal menjadi lagu digemari ramai.

“Lagu ini menyelami sanubari seorang ayah yang lemah lembut, terlalu berharga buat keluarga, susah senang bersama. Album ini memang saya dedikasikan untuk Allahyarham,” katanya yang berasal dari Sarawak kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel hari ini.

Beliau juga berkata albumnya ini memiliki kekuatan sendiri dan terdapat pelbagai perasaan seperti gembira, sedih kerana ia menceritakan mengenai kisah sebenar tentang hidupnya dan teman-teman rapat beliau.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast