STOCKHOLM – Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu letupan di luar stesen metro di pinggir bandar Stockholm.
Bagaimanapun menafikan ia adalah serangan pengganas.
Seorang lelaki berusia 60-an meninggal dunia di hospital selepas mengambil satu objek dari tanah yang kemudiannya meletup,” kata jurucakap polis, Sven-Erik Olsson.
Seorang wanita berusia 45 tahun juga cedera muka.
Ledakan berlaku pertengahan pagi di stesen gard Varby di Huddinge, sebuah pinggir selatan ibu kota Sweden.
Polis mengepung stesen dan dataran di tempat letupan berlaku bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Media tempatan melaporkan objek yang ditemui oleh mangsa adalah bom tangan.
“Masih terlalu awal dan pasukan sedang menyiasat mengenainya. Tiada yang menunjukkan mangsa-mangsa yang cedera merupakan sasaran,” kata Olssonn sambil menafikan ia adalah tindakan pengganas.
Menurut laporan polis Swedia yang diterbitkan tahun lalu, Sweden adalah negara Eropah yang mana geng-geng jenayah menggunakan bom paling banyak, dipercayai stok dari bekas Yugoslavia.
Pada bulan Ogos 2016, seorang budak lelaki berusia lapan tahun terbunuh oleh sebuah bom tangan yang dibuang ke sebuah flat di kawasan kelas Gothenburg. – MalaysiaGazette
















