Norhawani Mohd Azwan Abdullah. foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata remaja berkenaan, Norhawani Mohd Azwan Abdullah, 16, dilihat kali terakhir di rumahnya di Blok 3, Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway, pada 6 petang.

“Keluarga remaja berkenaan telah membuat laporan polis berkaitan kehilangannya pada 11.15 malam Selasa lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Norhawani supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast