KUALA LUMPUR – Pelakon yang menempa namanya melalui lakonan dalam filem Hollywood, Edward Scissorhands pada tahun 1990 meninggal dunia di usia 89 tahun hari ini.
Khabar itu dikongsikan oleh anak-anaknya, Adam, Matthew dan Anthony Arkin menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada CNN.
“Kehilangan beliau amat dirasai. Seorang suami, ayah, datuk dan moyang yang penyanyang, mendiang disanjung,” kata mereka.
Untuk makluman, Arkin telah memulakan kerjaya dalam bidang lakonan sekitar tahun 1951 dengan muncul lebih 80 filem.
Antara filem The Last Mohican pada tahun 1966, The In-Laws (1979), Million Dollar Arm (2014) dan banyak lagi.
Mendiang juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik anugerah Oscar menerusi filem Little Miss Sunshine. – Agensi















