Mohd Khairuddin Aman Razali masjid terengganu kematian jamaah Islam Khairuddin Aman Razali MN Nurul Izzah adu domba penasihat kerajaan
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Sesiapa yang mendoakan kematian seseorang yang sedang sakit kerana berbeza parti politik perlu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mereka juga perlu meminta maaf kepada empunya diri dan ahli keluarganya.

“Politik kepartian tidak mewajarkan terputusnya persaudaraan Islam yang diwajibkan oleh Allah untuk dipelihara,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemilik akaun Twitter Zaki Yamani meminta maaf kerana menulis ciapan biadab berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang dirawat di hospital.

Perbuatan Zaki yang juga bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendoakan kematian Abdul Hadi dalam ciapan tersebut menyebabkan dia dikecam netizen khususnya yang beragama Islam.

Mohd Khairuddin yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO mengingatkan semua pihak bahawa Islam adalah agama yang indah dan rendang dengan akhlak.

Menurut beliau, umat Islam sepatutnya mendoakan kebaikan dan hidayah untuk rakan serta musuh.

“Jangan mendoakan keburukan dan kematian seseorang.

“Sekiranya kita berbeza pendirian politik kepartian sekalipun, doakan hidayah dan kebaikan untuk dirinya dunia dan akhirat,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast