KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong secara ‘ringkas’ menolak pelawaan Perikatan Nasional (PN) yang sedia memberikan kerusi campuran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kepada MCA dan MIC jika mahu keluar Barisan Nasional (BN).
Dalam laman sosial Facebook beliau, Ka Siong sekadar menulis ‘NO’ sambil meletakkan keratan kenyataan Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Sanusi Md Nor berkaitan tawaran kerusi campuran gabungan PN itu.
Bagaimanapun Ka Siong tidak mengulas lanjut.
Semalam, Sanusi memberikan cadangan supaya MCA dan MIC meninggalkan BN dan menyertai gabungan pembangkang itu.
Kata Sanusi, kemungkinan MCA dan MIC memutuskan tidak menyertai PRN di enam negeri disebabkan layanan tidak adil, khasnya membabitkan kerusi campuran yang dikuasai Pakatan Harapan (PH).
Sanusi juga tidak menolak keputusan MCA dan MIC tidak bertanding PRN sebagai isyarat bantahan terhadap Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Dua hari lalu, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan untuk memfokuskan proses pengukuhan parti serta persediaan menghadapi PRU16.
Namun Ahmad Zahid semalam menafikan dua parti komponen itu memboikot BN kerana kedua-dua parti itu memberi komitmen untuk membantu jentera BN pada PRN di enam negeri. -MalaysiaGazette

















MCA hanya Komen “NO” dan kekal TIDAK BERUBAH dan itu adalah titik keputusan. MCA tidak akan menjadikan NO itu adalah bererti YES… Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI ada stand ka??? akarumbi UMNO PENING KELIRU BERCELARU ni.. YES=NO atau NO=YES? cikgu mana yang mampu bantu…