KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan itu membuktikan keutamaan kerajaan dalam isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan di negara ini.
“Bagi menghadapi cabaran dan dampak negara menua pula, kerajaan sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan. Saya mengajak semua pihak untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan menyesuaikan perancangan supaya kebijakan ini kelak dapat dilaksanakan secara holistik demi pembangunan negara yang mampan.
“Kerajaan juga mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan Pusat Geriatrik baharu bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.
“Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 sedang diperhalusi dan dijangka akan dikuatkuasakan pada tahun 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kajian Separuh Penggak Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Anwar menambah, sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf bermula tahun ini hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan.
Jelas beliau, kerajaan juga telah bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan anggaran kos sebanyak RM500
juta bagi menangani masalah kesesakan yang telah sekian lama berlanjutan.”Kerajaan juga akan meneliti cadangan sewaan bagi memastikan mutu rawatan kesihatan yang terbaik buat rakyat menggunakan peralatan yang termaju dan berteknologi tinggi.

“Pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik di hospital dan klinik kesihatan juga akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan perkongsian rekod perubatan yang lancar, sistematik dan mesra rakyat.
“Liputan perlindungan kesihatan akan ditingkatkan melalui perluasan
Skim Perubatan MADANI bagi menzahirkan hasrat murni Kerajaan dalam
membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya. – MalaysiaGazette
Skim Perubatan MADANI bagi menzahirkan hasrat murni Kerajaan dalam
membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya. – MalaysiaGazette