Kredit: FB - Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU- Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan sayap dengan menceburi sukan permotoran bersama pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bermula tahun depan.

Menurut hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, JDT Racing Team akan mula beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024.

“JDT Racing Team akan mula beraksi di ARRC dengan hasrat untuk bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia (Superbike World Championship) (WSBK),” menurut hantaran itu.

Selain bola sepak, JDT turut menceburi sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais.

“Usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” menurut JDT.

Pelumba berusia 29 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu merupakan pelumba Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada 2018.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast