admin
Undang-undang larang lompat parti penting untuk kestabilan negara
Sekiranya amalan melompat parti ini berterusan berlaku juga dibimbangi negara kita boleh menjadi huru-hara, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara kita akan terjejas sekaligus memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat.
Tugas guru ada hadnya
Justeru sudah tiba masanya untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melihat secara serius isu seperti ini demi kebajikan dan keselamatan para guru. Biarlah para guru fokus sepenuhnya kepada apek pengajaran dan pembelajaran sebagai tugas hakiki mereka.
Rukun Negara nadi perpaduan
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengajak rakyat untuk kembali kepada tahun 1969 ketika Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Ketika itu, perpaduan antara kaum berada pada tahap paling teruk apabila pertelagahan antara kaum menyebabkan kematian, kecederaan dan kacau-bilau. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970.
Berehatlah Tun M…
Kami tahu Tun dan PH mula sedar, rakyat telah menolak politik kebencian dan fitnah yang telah menjadi pencetus kejayaan Tun dan PH pada PRU-14. Kami tidak mungkin melakukan kesilapan buat kali kedua, kata Shahrul Nasrun.
Pelantikan speaker Dewan Rakyat perlu ikut undang-undang
Pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah penting bagi menjamin kelancaran dan kelangsungan institusi Parlimen di negara kita. Oleh sebab itu, calon-calon yang dipilih mestilah memenuhi kriteria yang dinyatakan di bawah Perkara 57(1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan bagi merealisasikan hasrat ini.
Mana hilangnya nilai kemanusiaan
Ironinya dua insiden ini bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku dalam
masyarakat kita. Sebelum ini sudah ada banyak kes bapa dan ahli keluarga sendiri
yang merogol anak kandung atau anak tiri termasuklah pernah melacurkannya.
Begitu juga halnya dengan tindakan kejam terhadap haiwan di mana sebelum ini
sudah ada kejadian yang mirip seperti ini juga di kedai dobi dan individu yang
terbabit sudahpun dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman. Jadi
persoalannya kenapa anggota masyarakat kita tidak pernah serik ataupun
mengambil iktibar dan pengajaran dengan kejadian sebelum ini?
Peranan media perangi Covid-19
Penulis memuji inisiatif pihak media baik akhbar cetak, portal
dalam talian, televisyen mahupun radio yang dilihat cukup kreatif dalam menyediakan dan menghebahkan pelbagai informasi sebagai kempen kesedaran bagi memerangi wabak ini. Antaranya, ada yang menerbitkan video pendek dan ada yang menyediakan pelbagai poster yang kreatif dan menarik yang menerangkan amalan penjagaan kebersihan seperti cara membasuh tangan dan pemakaian pelitup muka yang betul serta keperluan amalan penjarakan sosial di pelbagai lokasi umum.
Pasca Covid-19: Ranhill SAJ terus melindungi rakyat, komuniti, bisnes
Pada masa kerajaan masih mengehadkan pergerakan orang ramai bagi tujuan membendung dan akhirnya menghentikan penularan Covid-19, Ranhill SAJ, seperti juga syarikat pembekal air lain, telah menyaksikan peralihan dalam permintaan air. Penggunaan di kediaman dan permintaan terhadap infrastruktur air telah meningkat apabila para keluarga menetap di rumah untuk jangka masa yang lebih lama daripada biasa.
Isytihar hari Jumaat hari tanpa rokok
Pengharaman rokok terbabit telah dibuat berdasarkan tiga faktor utama iaitu merokok membahayakan kesihatan diri perokok itu sendiri, merokok mendatangkan kemudaratan
kepada orang di sekeliling yang terpaksa menghidu bau asap rokok berkenaan, serta sikap merokok itu sendiri yang menjurus kepada proses pembaziran wang, masa dan
tenaga serta merugikan perokok.
Strategi pembukaan sekolah lebih teratur berbanding IPT
Jika dibandingkan antara percaturan yang disusun antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), tidak dapat dinafikan bahawa strategi pembukaan institusi pendidikan yang dibuat oleh KPM adalah lebih teratur dan lebih jelas berbanding penyusunan pembukaan IPT daripada pihak KPT.