KESELAMATAN sentiasa menjadi nilai teras bagi Ranhill SAJ. Sebagai pembekal air bersepadu, Ranhill SAJ terbabit secara khususnya dalam abstraksi air mentah, rawatan air, pengagihan dan penjualan air terawat kepada pengguna di Johor. Sebagai pemegang lesen tunggal bagi rawatan dan pengagihan air di negeri Johor, yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), ia kekal fokus dalam mencapai visi korporatnya untuk menjadi syarikat air bertaraf dunia.

Dalam keadaan pandemik global yang kini sedang melalui tempoh pemulihan, tidak pernah sekali pun Ranhill SAJ tersasar daripada tumpuannya untuk memastikan bahawa
perkhidmatan yang penting bagi kehidupan, iaitu perkhidmatan air, tidak terganggu walaupun ketika menempuh masa yang mencabar.

Keputusan segera yang dibuat oleh syarikat ini untuk melindungi para pekerjanya,
masyarakat dan perniagaan daripada Covid-19, telah menyumbang kepada ketahanannya
pada masa ini dan untuk jangka panjang. Ranhill SAJ telah meletakkan keutamaan bagi
memastikan keselamatan orang ramai dan melipatgandakan usahanya untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pada masa yang sama meramal dan mengurangkan kesan kewangan.

Untuk terus membekalkan perkhidmatan utama ini kepada pelanggan dan masyarakat, Ranhill SAJ secara serius menumpukan terhadap beberapa aspek bagi mengurangkan kesan pandemik Covid-19.

Paling utamanya adalah keselamatan, di mana ia memberi perhatian kepada orang awam dan pekerjanya dalam menjalankan tugas-tugas utama mereka.

Ranhill SAJ juga konsisten dalam komunikasi secara telus dan strategik dengan semua pihak berkepentingan dalaman dan luaran bagi memastikan semua orang mendapat maklumat secukupnya mengenai setiap perkembangan khususnya semasa tempoh yang mencabar itu.

Bagi kesinambungan perniagaan, syarikat itu secara berterusan menilai produktiviti kerja dari rumah, termasuklah sebarang risiko maya, sementara membuat perancangan untuk langkah kembali ke tempat kerja, pasca pandemik.

Menyesuaikan dengan persekitaran yang kini berubah

Perniagaan kini menyaksikan pengurangan ketara dalam produktiviti apabila kebanyakan
pekerja menumpukan perhatian kepada hal-hal keselamatan dan penjagaan keluarga dan yang mereka sayangi. Dengan pesanan pegawai kesihatan awam berhubung usaha untuk terus mengamalkan langkah bagi membendung Covid-19, cabaran ini hanya akan meningkat dan mungkin bertambah buruk jika tiada pengawasan dan perancangan sewajarnya.

Mengambil kira semua ini, Ranhill SAJ menetapkan untuk menggabungkan usahanya
terhadap keperluan-keperluan baharu bagi pengurusan tempat kerja dan pekerja, khidmat pelanggan dan kesinambungan perniagaan.

Pendekatannya dalam jangka pendek termasuk menyusun respons yang pantas dan
diselaraskan untuk mengurus secara proaktif dan menyesuaikan diri kepada persekitaran yang berubah. Untuk mencapainya dengan jaya, syarikat ini telah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua faktor penting iaitu menetapkan keutamaan yang jelas dan menyampaikan maklumat secara konsisten.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr. Nor Ifuan Md Nor; “Ia penting bagi setiap orang daripada peringkat atasan sehinggalah kepada pekerja di tapak operasi memahami peranan dan tanggungjawab mereka. Ini membantu menjajarkan matlamat dan menyelaraskan sumber bagi menyokong semua pekerja di bahagian operasi, pusat khidmat pelanggan, dan pengendali yang ditugaskan bagi operasi yang khusus.”

Ketika pihak pengurusannya mengawasi dan memastikan semua loji rawatan air kekal beroperasi sepenuhnya, semua pekerjanya terus bertugas bagi memastikan bekalan air yang berterusan sepanjang tempoh kawalan pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 lalu.

Selain itu, Ranhill SAJ menggandakan usaha memastikan air bersih dengan menambah
kandungan baki klorin di dalam air terawat, sejajar dengan garis panduan sementara
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan perbincangan bersama dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Berfikir secara strategik tentang hari esok

Pada masa kerajaan masih mengehadkan pergerakan orang ramai bagi tujuan membendung dan akhirnya menghentikan penularan Covid-19, Ranhill SAJ, seperti juga syarikat pembekal air lain, telah menyaksikan peralihan dalam permintaan air. Penggunaan di kediaman dan permintaan terhadap infrastruktur air telah meningkat apabila para keluarga menetap di rumah untuk jangka masa yang lebih lama daripada biasa.

Komuniti dan industri lain akan menghadapi perubahan ketara akibat pandemik ini. Di
sebalik semua ini, ia memberi peluang kepada Ranhill SAJ untuk lebih menyerlah dalam
menyokong usaha pemulihan dan memenuhi keperluan masyarakat.

Ranhill SAJ akan merebut peluang ini dengan bertindak pantas dalam mengubah segala
cabaran kesan pandemik COVID-19 kepada peluang yang boleh dimanfaatkan. Pada masa
yang sama, ia akan terus berusaha mengurangkan gangguan perniagaan, di samping
menyuntik tahap keyakinan baharu di kalangan pihak berkepentingan termasuklah 3.7 juta pengguna air di seluruh negeri Johor.

Syarikat ini kini mengendalikan 44 loji rawatan air di seluruh Johor, dengan jumlah kapasiti rawatan sebanyak 2,026 juta liter sehari, dan sistem rangkaian sebanyak 689 takungan serta lebih daripada 22,917 km saluran paip.

Ranhill SAJ telah membuat pelaburan besar sebanyak RM1.83 bilion dalam infrastruktur,
termasuk untuk loji rawatan baharu, saluran paip baharu, serta penggantian saluran paip dan meter lama sepanjang tahun 2010 hingga 2017.

Untuk tempoh 2018 hingga 2022, Ranhill SAJ memperuntukkan jumlah pelaburan sebanyak RM2.04 bilion.

Segala usaha ini adalah hasil pemikiran strategik bagi memenuhi amanahnya untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat Johor di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat pembekal air terulung di negara. Hasilnya, ia akan mengubah industri bekalan air Johor kepada satu sistem yang moden dan cekap yang akhirnya akan dimanfaatkan oleh semua pengguna.

Seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sr. Nor Ifuan; “Pandemik ini
telah membawa kita melalui satu tempoh getir dalam kehidupan, namun ia telah memberi kita satu pengajaran berharga; bahawa tiada apa yang penting dalam hidup ini melainkan
kehidupan itu sendiri. Dan bahawa, air adalah kehidupan.

”Dan sebagai pembekal air, Ranhill SAJ akan terus kekal fokus dalam menyediakan air bersih dan perkhidmatan bermutu demi melindungi rakyat, masyarakat dan perniagaan.”