Sunday, May 11, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Pesara Tentera dan Keluarga Terima Sumbangan Dari JHEV ATM

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Komandor Azman Bin Yusoh menyampaikan sumbangan bantuan keperluan makanan kepada pesara tentera, Suria Mohamad Hassan yang sebelum ini tinggal di bawah jambatan Jalan Loke Yew dan telah dipindahkan ke Flat Sri Johor, Jalan Jelawat, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 20 JUN 2021.

Penghormatan Terakhir Mayat Pesakit Covid-19

Petugas Kesihatan membawa mayat pesakit Covid-19 untuk urusan pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bliss Gardens, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2021.

21 Tahun Menagih Janji

Keluarga Roslan Mohamed, 59 (kiri) bergambar dihadapan rumah pondoknya yang telah didudukinya selama 11 tahun di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.

Dulu Kru Kabin, Kini Sukarelawan Program Vaksinasi

Petugas sukarelawan QueueMed yang merupakan anggota kru kabin pesawat penerbangan dalam negara, Rafyzatulniza Wakiman, 39, (kiri) Yap Kah Ming, 27, (tengah) dan Roshilawati Ramlan 32, (kanan) menunjukkan gambar mereka berpakaian rasmi menjadi kru kabin semasa bertugas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2021.

PdPR – Kesungguhan Anak Orang Asli Suku Temuan

Kanak-kanak orang asli suku Temuan mengulang kaji pelajaran di hadapan rumahnya dengan mengambil kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Bandaraya, Seksyen 8, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2021.

Suasana Pusat Pemberian Vaksin di Kuala Selangor #Covid19

Warga emas yang selesai mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ketika di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2021.

Gelagat Pelajar Ketika Terima Keputusan Cemerlang SPM

Pelajar Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Izzah Khairina, 18 berkongsi kegembiraan bersama bapa, Zambirshah Ahmad, dan Ibunya Azilah Sidek dengan melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang mendapat 8A 3B ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Bandar Baru Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2021.

Giliran Tun Mahathir Menghadap Yang di-Pertuan Agong

Kenderaan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari pintu 2 Istana Negara susulan pemimpin parti politik utama di negara ini termasuk pembangkang, dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2021.

Kenaikan Harga Minyak Masak #DailyLife

Orang awam membeli minyak masak untuk kegunaan harian berikutan berlaku kenaikan harga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pasaraya Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 JUN 2021.

SPRM Reman Enam Pegawai dan Kakitangan Bank Terlibat Rasuah

Enam pegawai dan kakitangan sebuah bank direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi melibatkan RM18 juta pada 2018 hingga 2020 ketika di Mahkamah Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 JUN 2021.