Mohd Adzlan Mat Sidek
Musibah Banjir di Pahang
Mangsa banjir, Sidek Matyazit, 66 (kanan) bersama isterinya Hamizan Muhammad Fiah, 64, dan cucunya Nurkhalisah Adawiah, 10, megambil keputusan untuk tinggal di bawah khemah berhampiran rumahnya yang telah dinaiki air ketika di Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Ketua Polis Daerah Serdang Periksa Kenderaan Keluar Masuk SJR
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razali Abu Samah melakukan pemeriksaan kenderaan motosikal semasa mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2.0 dilaksanakan di LRT Bukit Kinrara 5, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Little India Klang Lengang, Premis Ditutup Lebih Awal
Little India, Klang merupakan tempat tarikan orang ramai kini lengang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang berkuatkuasa pada 13 Januari hingga 26 Januari. Foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Sidang Media Nazri Aziz Umum Tarik Sokongan Terhadap PM
Gelagat Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selepas mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 12 JANUARI 2021.
Rezeki Penduduk Kampung Raja Ketika Musim Banjir
Pelbagai jenis ikan sungai segar hasil tangkapan penduduk Kampung Raja, Temerloh dijual kepada orang awam ketika musim banjir Pahang. foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2020.
Peniaga Mula ‘Buka’ Kedai Selepas Banjir Surut di Pekan Mentakab
Sebahagian kawasan Pekan Mentakab yang terjejas akibat dinaiki air telah beransur surut membolehkan pekerja di premis kedai membuat kerja-kerja pembersihan berikutan banjir teruk yang berpanjangan di Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2021.
Bekalan Makanan Terputus, Penduduk Nekad ‘Redah’ Banjir
Penduduk, Amran Sulaiman, 57 membawa kucing peliharaannya berteduh di dalam rumah semasa hujan lebat yang menyebabkan banjir teruk yang melibatkan limpahan air Sungai Pahang ketika di Kampung Paya Kechik Ulu, Temerloh. foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2021.
GSC Times Square Tutup Sepenuhnya Selepas 16 Tahun Beroperasi #PKPB
Keadaan lengang di Golden Screen Cinema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur yang beroperasi hampir 16 Tahun menamatkan operasinya secara kekal berikutan penularan wabak Covid-19. foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2021.
Reaksi Rani Kulup Selepas Lapor Polis Isu Poster Parti Komunis
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah bercakap kepada media selepas membuat laporan polis mengenai isu pemasangan poster Parti Komunis China dan gambar Mao Tze Tong di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2021.
Palsukan Dokumen Atas Nama Top Glove, Suspek Didakwa di Mahkamah
Tertuduh, Kelvin Tong Teng Hoe, 35, berhadapan dengan tuduhan memalsukan dokumen “Declaration Of Conformity” atas nama Top Glove Sdn Bhd di Mahkamah Shah Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 07 JANUARI 2021.