Mohd Adzlan Mat Sidek
MBSJ Operasi Roboh Paparan Iklan
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Noraini Roslan (tengah) bersama Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Pembangunan Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Badrul Hisham Mohd (kiri) ketika hadir melawat satu operasi tindakan Penguatkuasaan struktur paparan iklan di bawah rizab jalan Persekutuan di Lebuhraya Persekutuan, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 18 NOVEMBER 2020.
Anggota Tentera Kepung Asrama Top Glove Dengan Kawat Duri #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat duri setelah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di asrama Kilang Top Glove, Meru, Klang. foto MOHD ADZLAN, 17 NOVEMBER 2020.
Pekerja Top Glove Berkeliaran Sebelum Pelaksanaan PKPD
Pekerja Top Glove menaiki basikal selepas selesai waktu bekerja sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada tengah malam ini berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Top Glove, Meru, Klang. foto MOHD ADZLAN, 16 NOVEMBER 2020.
Daily Life – Suasana Sambutan Perayaan Deepavali Dalam PKPB
Masyarakat kaum India melakukan upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Deepavali ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Kuil Sri Sundararaja Perumal, Klang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2020.
Polis Selangor Tumpaskan Sindiket Syabu Bernilai 4.8 Juta Ringgit
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed menunjukkan dadah jenis Methamphetamine yang dibungkus dalam teh cina dianggarkan bernilai RM4.8 juta berjaya dirampas ketika di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor. foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2020.
Penduduk Panik, Bekalan Air Lembah Klang Terputus Lagi
Gelagat penduduk setempat mula membeli tong simpanan air berikutan gangguan bekalan air mulai jam 6 petang di kawasan Lembah Klang selepas berlaku pencemaran bau di Sungai Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 10 NOVEMBER 2020.
Polis Rampas Wang Tunai RM1.4 Juta Hasil Pelaburan ‘Kripto’ Haram
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal menunjukkan wang tunai semasa sidang media mengenai kejayaan tangkapan tiga warga asing dan seorang wanita tempatan bersama rampasan wang tunai bernilai RM1.4 juta disyaki hasil pelaburan mata wang Kripto haram ketika di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 10 NOVEMBER 2020.
Tiga Anggota Polis Berbaju ‘Lokap SPRM’ Direman
Tiga anggota polis berpangkat koperal dan sarjan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan reman 7 hari untuk membantu siasatan berhubung dakwaan meminta rasuah daripada pemandu van sekolah di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 ketika di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 10 NOVEMBER 2020.
Daily Life – Persiapan Perayaan Deepavali Dalam Tempoh PKPB
Seorang peniaga mengantung barang perhiasan rumah untuk dijual sempena persiapan perayaan Deepavali semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2020.
Insiden Helikopter Terhempas Di Taman Melawati
Anggota bomba yang berjaya mengeluarkan mayat di lokasi kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas di Jalan Melawati, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020.