Sunday, May 5, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1209 Artikel 0 Komen

Calon BN, Sulaiman Ali Solat Jumaat Bersama Pengundi #PRNMelaka

Calon Barisan Nasional N.04 Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali beramah mesra bersama penduduk kampung selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Salmah Khamis, Lendu, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2021.

Calon BN N.23 Telok Emas Ronda Kampung Naik Motosikal #PRNMelaka

Calon Barisan Nasional N.23 Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman meronda di sekitar kampung dengan menaiki motosikal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di jalan Padang Temu, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 11 NOVEMBER 2021.

Calon Bebas, Ng Choon Koon Turun Kawasan Kampung Lubuk Kasau #PRNMelaka

Calon Bebas N24 Bemban, Datuk Ng Choon Koon (tengah) bersama penduduk, Mazam Md Jeni, 72 (kanan) serta ketua kampung, Abas Md Jeni, 64 (kiri) melihat kawasan yang sering mengalami masalah banjir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Lubuk Kasau, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 11 NOVEMBER 2021.

Anwar Ibrahim Lancar Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (dua kiri), Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (dua kanan) calon PH N.17 Bukit Katil, Adly Zahari (kanan) menunjukkan risalah Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan yang dilancarkan bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di La Crista Hotel, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 10 NOVEMBER 2021.

Calon PN, Dr Yadzil Yaakub Rawat Pesakit #PRNMelaka

Calon Perikatan Nasional N.24 Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub memeriksa pesakitnya ketika mendapatkan rawatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Poliklinik Hidayah, Jasin Bistari, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 10 NOVEMBER 2021.

Calon PH, Ashraf Mukhlis Minghat Mesra Bersaparan Dengan Penduduk #PRNMelaka

Calon Pakatan Harapan N.23 Telok Mas, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat bersarapan bersama penduduk kampung ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Warung Kak Yah, Alai, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 10 NOVEMBER 2021.

Persiapan Perayaan Deepavali Ketika Fasa 4 #DailyLife

Penganut Hindu mengunjungi kedai emas untuk membeli perhiasan diri bagi menyambut perayaan Deepavali dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Little India, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 03 NOVEMBER 2021.

Noh Omar Rasmi Mesyuarat Agung Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar melawat tapak pameran produk usahawan ketika hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia ketika di Bangunan Kumpulan Muara, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 NOVEMBER 2021.

Sidang Media Ketua Polis Sentul Tumpaskan Geng Ashmer Ragut Rantai Emas

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai menunjukkan barang rampasan selepas berjaya menumpaskan Geng Ashmer yang menyamar sebagai penghantar makanan GrabFood yang meragut rantai leher mangsa ketika di Ibu Pejabat Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 NOVEMBER 2021.

Najib Selesai Buat Laporan SPRM Terhadap Tim Leissner

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas selesai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas pengurus kanan, Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan kes 1MDB ketika di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2021.