Friday, April 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1195 Artikel 0 Komen

Bilik Darjah Dinasitasi Menjelang Pembukaan Persekolahan #DailyLife

Anggota Kelab Anak Muda Pewaris Shah Alam membuat semburan nyah kuman di ruang bilik darjah menjelang pembukaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Raja Muda (SKRM), Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 02 OKTOBER 2021.

Pengunjung ‘Lepas Rindu’ Lihat Gelagat Haiwan di Zoo Negara #FasaTiga

Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu berkunjung di Zoo Negara selepas kerajaan membenarkan pembukaan sektor pelancongan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 02 OKTOBER 2021.

Pemandu E-Hailing MyCar Terkesan Akibat Covid-19 Terima Bakul Makanan MARDI

Ketua Pegawai Eksekutif MARDI, Zaidi Shahrim menghulurkan sumbangan bantuan asas kepada penerima terdiri daripada pekerja gig-ekonomi Syarikat e-hailing MyCar yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 ketika di Program Pemberian Bakul Makanan 2.0 di MAEPS, Serdang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OKTOBER 2021.

Jemaah Lengkap Vaksin Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg Baru #FasaTiga

Jemaah menunaikan solat Jumaat berikutan masjid dan surau di Lembah Klang dibenarkan mengikut kapasiti sebenar premis dengan penjarakan 1.5 meter bagi semua aktiviti solat berkuatkuasa hari ini dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Kampung baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 OKTOBER 2021.

Kumpulan Pertama MALBATT 850-9 Berlepas ke Lubnan

Antara pasukan daripada Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-9 (Malbatt 850-9) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergambar sebelum berangkat ke Lubnan bagi menyertai misi Unifil ketika di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang. Foto MOHD ADZLAN, 30 SEPTEMBER 2021.

Kumpulan Jenayah Terancang ‘Geng Nicky’ Dilepas Tanpa Dibebas di Mahkamah

Sebahagian daripada 14 ahli Geng Nicky dilepaskan tanpa dibebaskan selepas pihak pendakwaan memohon menarik semula pertuduhan sehingga siasatan lanjut berikutan kes jenayah terancang antarabangsa merangkumi Macau Scam dan pengubahan wang haram ketika di Mahkamah Tinggi, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 30 SEPTEMBER 2021.

Kaum Tionghua Ceburi Permainan Wau Tradisional

Penduduk, Tan Chin Seong, 36 (kanan) mengisi masa lapang bersama rakan-rakannya dengan bermain wau buatan sendiri yang merupakan permainan tradisional dalam kalangan orang melayu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2021.

Masitah Lafaz Pengisytiharan Taubat (Istitabah)

Seorang wanita yang mendakwa dirinya ketua ajaran kepada Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dikenali sebagai Sittah Annur, 39 melakukan lafaz Pengisytiharan Taubat (Istitabah) sambil disaksikan oleh empat orang saksi ketika di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2021.

Piala Malaysia : Kuala Lumpur City FC Tewaskan Sri Pahang FC...

Pemain Kuala Lumpur City FC, Giancarlo mengasak pemain Sri Pahang FC, Herold Mark pada perlawanan TM Piala Malaysia 2021 peringkat kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2021.

Sungai Chandong Tercemar Dipenuhi Sampah

Sungai Chandong yang tercemar menyebabkan kunci air dipenuhi longgokan sampah sepanjang 1km ketika di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2021.