Mohd Adzlan Mat Sidek
Perintis Rapid KL Safety Point #PDRM #Prasarana
Antara kemudahan pusat respon asas kecemasan awal yang disediakan di sebanyak 8 buah stesen transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) menerusi Rapid KL Safety Point di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2022.
Idris Ahmad Hadir Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Selangor
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bergambar bersama tetamu yang hadir ke Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2022.
Menteri Pendidikan Lancar Inisiatif ‘Reading Progress’
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin bergambar bersama penerima simbolik Headset pada Majlis Pelancaran Inisiatif Reading Progress ketika di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2022.
‘Homestay’ Jadi Stor Simpan Dadah Syabu dan Pil Diserbu Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim melihat dadah yang berjaya ditumpaskan dalam sindiket pengedaran dadah dengan rampasan 213kg syabu serta 33kg pil erimin 5 yang bernilai RM10 juta ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 OKTOBER 2022.
Anwar Ibrahim Atur Strategi Untuk PKR
Reaksi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media mengenai aplikasi ADIL dan pengumuman kemasukan anggota baharu di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 13 OKTOBER 2022.
LENSA MG | Hari Pertama Penggunaan Lebuhraya Bertingkat DASH
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang menghubungkan Puncak Perdana di Shah Alam dengan Penchala di Damansara ketika tinjauan Malaysia Gazette di Lebuhraya DASH, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 OKTOBER 2022.
Ismail Sabri Rasmi Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Kanan Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Pengerusi LLM, Datuk Ir Hasni Mohamad melawat lebuhraya selepas Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Plaza Tol Denai Alam, Lebuhraya DASH. Foto MOHD ADZLAN, 13 OKTOBER 2022.
Reaksi Anwar, Pimpinan PKR Hadir Mesyuarat Selepas Pembubaran Parlimen
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat khas parti ketika di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 OKTOBER 2022.
Noraini Ahmad Sampaikan Surat Tawaran Dermasiswa SULUNG
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad (tengah) bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Dr. Zaliman Sauli (kanan) menyampaikan Surat Tawaran Dermasiswa SULUNG kepada penerima Muhammad Hariz Haikal, 21 (dua kiri) yang merupakan antara 78 mahasiswa terpilih menerima biasiswa ketika di Kampung Parit Kangkar, Ayer Hitam, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 08 OKTOBER 2022.
Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kariah Masjid
Penduduk kampung menaiki kereta berkuda yang disediakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kariah Masjid ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 09 OKTOBER 2022.

















