Wednesday, September 16, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1581 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Ismail Sabri di Program Idea Bina Negara Anak Muda Keluarga Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama pelajar selepas Program Idea Bina Negara Anak Muda Keluarga Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UITM, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2022.

Waris Penghantar Makanan Sebak Terima Faedah Perkeso

Reaksi sedih Nur Irwana Othman, 26 yang merupakan isteri kepada Allahyarham Muhaimin Said, 34 penghantar makanan yang maut akibat dirempuh sebuah kenderaan ketika di Jalan Haji Musran, Rantau Panjang, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 03 OKTOBER 2022.

Azmin Rasmi Persidangan Bahagian-Bahagian dan Jentera Pilihanraya PPBM Selangor

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat gimik Pelancaran Jentera Pilihanraya ketika di Glenmarie Hotel dan Golf Resort, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 02 OKTOBER 2022.

Madrasah Darussolihin | Siap Siaga di Bumi Tuhan

Pelatih, Azroy bukan nama sebenar dimandikan dengan mandian Syifak menggunakan air perigi yang didoakan para ulamak pada setiap malam jumaat dalam usaha dan tawakal bagi menyembuhkan dari ketagihan, menghilangkan dari gangguan dan penyembuh kerohanian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022

Polis Selangor Rampas Minuman Keras, Mercun

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed melihat rampasan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai bernilai kira-kira RM2.1 juta dalam serbuan di sebuah premis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2022.

Ibu Tular Dakwa Anak Didera Ala Militan Mengaku Tidak Bersalah Buat...

Ibu kepada remaja penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun, Zuraina Zamri mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat laporan polis palsu ketika hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2022.

Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Mahathir Mohamad

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas sesi dialog dan suai kenal NGO Gabungan IKHLAS Malaysia ketika di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2022.

Isteri Upah Lelaki Samun dan Bunuh Suami Tangan Bergari Ke Mahkamah

Suspek wanita yang didakwa mengupah empat lelaki untuk menyamun dan membunuh suaminya dengan 14 tikaman tiba di Mahkamah untuk didakwa ketika di Mahkamah Majistret Klang. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2022.

PDRM Berjaya Tumpas Sindiket Proses Dadah Pasaran Lembah Klang dan Selatan...

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bersama pegawainya menunjukan dadah yang dirampas dalam satu kejayaan anggota Polis menumpaskan sidiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan RM20.56 juta ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2022.

Saravanan Rasmi Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan (tiga kanan) menyerahkan Anugerah Tokoh Kesatuan Sekerja 2022 kepada Tan Sri Zainal Rampak (dua kanan) pada Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2022.