Wednesday, September 16, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1581 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Keluarga Mangsa Pemerdagangan Manusia Serah Memorandum Kepada PM

Antara 30 keluarga mangsa pemerdagangan manusia rakyat Malaysia yang ditahan dan diseksa oleh sindiket scammer di Kemboja, Laos dan Myanmar memegang plakad sebagai tanda merayu dan memohon campur tangan kerajaan ketika menyerah memorandum kepada Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 19 SEPTEMBER 2022.

Reaksi Ismail Sabri, Zahid Hamidi dan Vigneswaran di Pelancaran Briged MIC...

Reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa hadir ke perasmian Briged MIC Kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2022.

Rafizi Lancar Aplikasi CISTA PKR Sempena PRU15

Ahli PKR menunjukkan aplikasi CISTA PKR yang sudah dimuat turun ke telefon bimbit selepas pelancaran aplikasi CISTA PKR sempena PRU15 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2022.

Kayuhan Santai Malam Minggu ‘Kaki BMX’

Penggemar sukan berbasikal BMX melakukan aktiviti kayuhan santai sempena sambutan Hari Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2022.

Anwar Ibrahim Hadir Muktamar Sanawi Ke-51 ABIM

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama perserta pada perasmian pembukaan Muktamar Sanawi Ke-51 ABIM dan Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam di Bangi Avenue Convention Centre, Kajang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2022.

‘Final Goodbye’ Tun Samy Vellu

Tanda nama diletakkan di mendiang Presiden MIC Tun S Samy Vellu ketika di kediamannya di Taman Kaya Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2022.

Ismail Sabri di Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba (kiri) membaca buku Memoir Satu Kembara selepas pelancaran pada Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 SEPTEMBER 2022.

Gelagat Murid ‘Bebas Pelitup Muka’ di Sekolah

Sebahagian murid sekolah yang tidak memakai pelitup muka berikutan kerajaan telah memutuskan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan sekitar kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 SEPTEMBER 2022.

Air Pasang Besar Paras 5.4 Meter di Klang

Anggota Bomba meninjau kawasan yang dinaiki air berikutan fenomena air laut pasang besar dan monsun timur laut yang mencecah paras 5.4 meter ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pengkalan Nelayan Tok Muda Kapar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2022.

24 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Pulang

Antara 24 rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas menjadi mangsa penipuan skim pekerjaan dan pelancongan di Kemboja sejak dua bulan lepas ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 09 SEPTEMBER 2022.