Mohd Adzlan Mat Sidek
Rebutan Piala FA 2022, Milik Terengganu FC atau JDT?
Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio (kiri) dan ketua pasukan JDT, Farizal Marlias (dua kiri) bergambar bersama Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain (kanan) dan ketua pasukan Terengganu FC, Tcheche Kipre (dua kanan) menjelang aksi perlawanan akhir Piala FA 2022 antara JDT dan Terengganu FC esok di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 09 SEPTEMBER 2022.
LENSA MG | Aksi Latihan Pasukan JDT dan Terengganu FC Persiapan...
Pemain JDT menjalani sesi latihan rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang perlawanan akhir Piala FA 2022 menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2022.
MIHAS 2022 Edisi Ke-18
Antara produk halal dari dalam dan luar negara ketika Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS 2022) edisi ke-18 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2022.
Ismail Sabri Rasmi Pameran Halal Antarabangsa Edisi Ke-18
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri beramah mesra bersama peserta dari luar negara dan pengunjung selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS 2022) edisi ke-18 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2022.
PM Hadir Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke-9
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bergambar bersama ketua-ketua perwakilan luar negara pada Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke-9 di Wisma Kementerian Luar Negeri, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 SEPTEMBER 2022.
Pengunjung Gembira Floria Diraja Putrajaya Dilanjutkan
Orang awam meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan ke Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Royal Floria Putrajaya) 2022 berikutan akan dilanjutkan sehingga tamat cuti sekolah dan dibuka secara percuma ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Anjung Floria, Precint 4, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 SEPTEMBER 2022.
Musim Cuti Sekolah – Geng Budak Sungai Beraksi
Gelagat kanak-kanak meluangkan masa cuti sekolah dengan melakukan aktiviti mandi sungai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kampung Selarong, Labu Besar, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 05 SEPTEMBER 2022.
Semangat Patriotik Si Cilik Kibar Jalur Gemilang #KembaraMerdeka
Gelagat antara 309 kanak-kanak melibatkan 14 buah Tabika Kemas yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 pada Program Kembara Merdeka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen KTM Klang. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2022.
Peserta Jayakan Malaysia #QuranHour 2022
Peserta yang menyertai Malaysia #QuranHour dengan mengalunkan ayat suci Al-Quran dari surah Al-Sajdah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2022.
Remaja Tekup Muka Kekasih Hingga Maut Dihadapkan Ke Mahkamah
Tertuduh, Amirul Amin Amirruddin, 19 (tengah) yang menekup muka teman wanitanya dengan bantal sehingga mati di Kampung Pandan Klang pada 24 Ogos lalu dibawa untuk didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ketika di Mahkamah Masjistret Klang. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2022.

















