Mohd Adzlan Mat Sidek
Kastam Sita 50 Kenderaan Mewah Elak Cukai Bernilai RM11.4j
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad melihat antara 50 buah kenderaan mewah yang disita berikutan tidak mempunyai permit import (AP) bernilai RM11.4 juta termasuk cukai di Wisma Kastam, Pulau Indah, Klang Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 29 OGOS 2022.
Polis Selangor Rampas 363 Kilogram Syabu Bernilai RM10.9 Juta
Antara dadah jenis methamphetamine jenis syabu yang dianggarkan berat keseluruhan 363.03 kilogram bernilai lebih kurang RM10.89 juta yang berjaya dirampas oleh pihak polis ketika Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 29 OGOS 2022.
Ahli-Ahli MKT UMNO Selesai Bermesyuarat
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2022.
Nukilan Penyokong Buat Najib #SolidaritiBossku
Antara ahli Umno yang menulis surat sebagai tanda sokongan dan kata semangat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2022.
Suasana Taklimat Khas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2022.
Tun Mahathir Hadir Himpunan Nasional Parti Berjasa 2022
Pengasas Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad dipakaikan tanjak selepas hadir ke Himpunan Nasional Berjasa 2022 di Bangunan Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2022.
Ismail Sabri Deklamasi Sajak di Kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia...
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendeklamasikan sebuah sajak pada Majlis Malam Kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022 ketika di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 OGOS 2022.
Raja Permaisuri Cemar Duli Sambutan Hari Wanita ke-60
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat tapak pameran selepas majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-60 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 OGOS 2022.
MG Terima Anugerah ‘Best In Online News’ Malaysia Best Business Award...
Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bersama Pengerusi Malaysia Best Business Award, Shahir Adnan menyampaikan anugerah 'Best In Online News' kepada Pengurus Besar Pemasaran dan Acara MalaysiaGazette, Chloe Siao Hui Boon pada Majlis Malaysia Best Business Award 2022 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 OGOS 2022.
PM Rasmi Simposium Keluarga Malaysia, Pencapaian dan Harapan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat gimik perasmian Simposium Keluarga Malaysia Pencapaian dan Harapan di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 21 OGOS 2022.

















