Mohd Adzlan Mat Sidek
Atlet Negara Tiba Bawa Pingat Sukan Komanwel
Pemain badminton beregu wanita negara, Pearly Tan Koong Le dan Thinaah Muralitharan menunjukkan pingat emas yang dimenangi selepas Kejohanan Temasya Sukan Komanwel XXII Birmingham 2022 ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 10 OGOS 2022.
Kepulangan Pelari Pecut Negara Disambut Keluarga Tercinta
Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi yang bertanding di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia, Cali, Colombia memeluk ibu bapa beliau, Mohd Fahmi Tajuid (kiri) dan Norazah Ibrahim (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 10 OGOS 2022.
Merdeka65 – Teguh Bersama
Orang awam melintasi lukisan mural bertemakan jalur gemilang bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2022.
Bangga Dapat Sarung Kostum Jalur Gemilang #SemangatMerdeka
Rosli Yusof memperagakan kostum Jalur Gemilang bersempena bulan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Kelana Jaya, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 OGOS 2022.
Hamidin Mohd Amin di Kongres Tahunan FAM Kali Ke-58
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bersalaman bersama perwakilan yang hadir pada Kongres Tahunan ke-58 FAM 2022 di Hilton, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2022.
PM Hadir Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin beramah mesra bersama tetamu kehormat yang hadir selepas Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri ketika di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2022.
Noh Omar Hadir Perasmian Penutup Program Pemantapan Penjaja Dan Peniaga Kecil
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar melawat tapak pameran usahawan kecil pada Majlis Perasmian Penutup Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Selangor Tahun 2022 di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2022.
Rezeki – Usaha Lelaki Tua #DailyLife
Kudrat dan usaha seorang lelaki tua yang mengerah tenaganya menolak basikal untuk mencari rezeki dengan mengutip kotak dan besi terbuang untuk dijual di tempat kitar semula demi kelangsungan hidup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2022.
Bekas COO Seda Hadapi 6 Lagi Pertuduhan Terima Suapan RM294,000 #SPRM
Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) Malaysia, Ali Askar Sher Mohamed, 65 berdepan enam lagi pertuduhan menerima suapan lebih RM290,000 selepas tidak mengaku terhadap satu pertuduhan semalam ketika di Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2022.
Tengku Zafrul Terima Watikah Pelantikan Jawatan Bendahari BN Selangor
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan penyerahan surat pelantikan jawatan Bendahari BN Selangor yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada penutupan Konvensyen Barisan Nasional Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2022.

















