Wednesday, September 16, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1581 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Faizal Azumu Hadir Program Malaysia Future Leaders School

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu beramah mesra bersama antara 157 orang peserta pada Majlis Hi-Tea 'Malaysia Future Leaders School Tier 3 2022' ketika di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 JULAI 2022.

PM Serah Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Ke Sukan Komanwel Birmingham Ke-22

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bergambar bersama atlet sambil melaungkan kata-kata semangat pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Komanwel XXII Birmingham 2022 di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 JULAI 2022.

Kastam Patahkan Penyeludupan Gading Gajah, Tanduk Badak Sumbu Dari Afrika

Antara gading gajah yang berjaya dirampas oleh pihak Kastam dalam satu penyeludupan tanduk badak sumbu, sisik tenggiling, taring harimau, tanduk haiwan, tengkorak haiwan dan tulang haiwan serta dianggarkan nilai rampasan bernilai 80 juta ketika di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 JULAI 2022.

IPD PJ Berjaya Tumpaskan Sindiket Proses dan Jual Air Ketum

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid bercakap kepada media mengenai kejayaan pasukan Narkotik menumpaskan aktiviti pemprosesan dan penjualan air ketum dengan menahan 2 lelaki warga tempatan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 JULAI 2022.

LENSA MG | Meriahnya Festival Bon Odori di Shah Alam

Pengunjung mengenakan pakaian Kimono tradisional Jepun pada Festival Bon Odori ke-46 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic Seksyen 21. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2022.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Ke-16

Gelagat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai topi tradisional Sarawak semasa mendengar perbahasan dan menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional ke-16 Parti Keadilan Rakyat (PKR) di IDCC Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2022.

Gelagat Radhi OAG Ketika Hadir Prosiding Kes Di Mahkamah

Penyanyi, Muhammad Radhi Razali atau lebih dikenali Radhi OAG selepas selesai bicara kes keganasan rumah tangga berikutan didakwa memukul dan mencederakan bekas isterinya ketika hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 13 JULAI 2022.

Teman Lelaki Wanita Hina Islam Didakwa Di Mahkamah Petaling Jaya

Alexander Navin A/L Vijayachandran sebelum ini ditahan polis berhubung siasatan tingkah laku membuat lawak yang dilihat sengaja mencetuskan provokasi terhadap umat Islam di Malaysia diiringi pegawai polis untuk menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 13 JULAI 2022

NGO, Rakyat Selangor Bantah Cadangan Roboh Stadium Shah Alam

Pengerusi Jawatankuasa Selamatkan Stadium Shah Alam, Datuk Salamon Selamat bersama penduduk membantah isu Stadium akan diroboh dan digantikan dengan stadium baharu yang lebih kecil dan akan mengurangkan kapasiti 30,000 hing­ga 40,000 penonton ketika di Stadium Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 11 JULAI 2022.

Bekas Atlet Paralimpik, Koh Lee Peng Berdikari Mencari Rezeki

Bekas paralimpik renang, Koh Lee Peng, 49 yang pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Paralimpik 2016 dan pernah merangkul tujuh pingat emas dan tiga perak dalam kejohanan ASEAN Para Games pada 2001 hingga 2005 sedang menjual tisu, pelitup muka serta susu untuk menjana kos kehidupan seharian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2022.