Mohd Adzlan Mat Sidek
Kenderaan Bertambah di Lebuhraya PLUS Menghala Selatan
Aliran trafik Tol Sungai Besi menghala ke Seremban menunjukkan peningkatan bilangan kenderaan selepas kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri yang berkuatkuasa pada 11 Oktober ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 OKTOBER 2021.
Gelagat Pengunjung ‘Beraksi’ Semula di Taman Tema i-City
Orang ramai meluangkan masa bermain permainan air bersama keluarga pada cuti hujung minggu berikutan Taman Tema Air i-City dibuka semula dalam tempoh fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 7, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 OKTOBER 2021.
Fenomena Air Pasang Besar di Kampung Bagan Hailam
Penduduk kampung melihat kawasan perumahannya dinaiki air berikutan fenomena air laut pasang besar yang mencecah paras 5.6 meter dan diramal berlaku pada 8 Oktober hingga 9 Oktober 2021 di pesisir pantai Negeri Selangor sekitar jam 6.30 pagi hingga 7.40 pagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bagan Hailam, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 09 OKTOBER 2021.
Suasana Malam i-City Dipenuhi Pengunjung #FasaTiga
Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga di taman tema i-City selepas kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengoperasian taman tema rekreasi dan keluarga di Negeri Selangor dalam fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 7, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 OKTOBER 2021.
Reaksi Mangsa Langgar Lari Sedar Dari Koma Selepas 78 Hari
Kesan tempurung kepala Ahmad Izdihar Haikal Mohd Nasir, 18 yang terpaksa dikeluarkan selepas terlibat dalam kejadian dilanggar lari pada 28 April lalu kini hanya terlantar dirumahnya dan mula sedar dari koma setelah 78 hari di Taman Kencana, Pandan Indah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 OKTOBER 2021.
Bomoh Tipu Pesakit Didakwa di Mahkamah Klang
Seorang bomoh, 34 yang akan didakwa menipu pasangan pesakit dengan meminta barang kemas bernilai lebih RM22,000 diiringi pegawai polis ketika di Kompleks Mahkamah Klang. Foto MOHD ADZLAN, 07 OKTOBER 2021.
Fasa Tiga PPN – Pantai Klebang Meriah Dengan Aktiviti Riadah
Orang ramai meluangkan masa melakukan aktiviti riadah selepas kerajaan membenarkan aktiviti tersebut dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.
Ahmad Maslan Dedah Surat Gugur Keahlian Dua ADUN UMNO Melaka
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menunjukkan surat pelucutan keahlian ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan selepas selesai perjumpaan bersama ahli-ahli UMNO ketika di Villa d'aqua, Masjid Tanah, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2021.
Suasana SMK Taman Tasik Jadi Tumpuan Pelajar Sekolah Divaksin
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja terhadap kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Taman Tasik, Ampang. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2021.
Gelagat Pelajar-Pelajar Pada Hari Pertama Kembali ke Sekolah #FasaTiga
Sebahagian pelajar Pendidikan Khas hadir bagi memulakan sesi pembelajaran pada pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Kebangsan Taman Tasik, Ampang. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2021.