Sunday, August 23, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

90% Hampir Siap ‘Hospital Sementara’ Pusat Kuarantin Covid19

Kelihatan hampir 90% persiapan dan persediaan 'Hospital Semantara' pusat kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani sebarang kemungkinan belaku sekiranya tempat tidak mengcukupi untuk menempatkan pesakit-pesakit positif Covid19 berikutan musibah wabak Covid-19 yang melanda negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Sedang, Selangor foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2020

Ketua Polis Kuala Lumpur Tinjau Sekatan OPS Covid-19

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim menasihatkan penumpang untuk pulang ketika melakukan sekatan jalan raya pada OPS Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari ke- 11 di Persiaran Utara arah Hospital Serdang, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2020

‘Drive-Thru’ Saringan Covid-19

Kakitangan KPJ Damansara membuat pemeriksaan saringan kesihatan keatas seorang kanak-kanak lelaki bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke - 11 di KPJ Damansara, Petaling Jaya. foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2020

Rakyat Malaysia Memahami atau Tidak PKP? Pasar Jalan Raja Boat ‘Sesak’

Reaksi seorang warga emas semasa menunggu sebelum dibernakna masuk ke Pasar Jalan Raja Boat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke- 10 bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Jalan Raja Boat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 MAC 2020

Sekatan Jalan Raya Ops Covid-19 di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Anggota polis membuat pemeriksaan keatas kenderaan pada sekatan jalan raya Ops Covid-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke- 9 bagi membendung penularan wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Selangor. foto AFFAN FAUZI, 26 MAC 2020

Rosol Wahid Tinjau Pusat Pengumpulan Program Food Bank Malaysia

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Ab Wahab Long (kiri) melihat barangan yang telah dikumpulkan semasa mengadakan lawatan pusat pengumpulan dan pengagihan makanan bagi Program Food Bank Malaysia di Warehouse Yayasan Food Bank Malaysia, Kajang. foto AFFAN FAUZI, 26 MAC 2020

Menteri Belia dan Sukan Beri Topeng Muka kepada Penunggang Penghantar Makanan

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican diringi timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyerahkan topeng mulut dan hidung kepada sebahagian penunggang penghantar makanan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 MAC 2020

Petugas KKM Bantu Orang Ramai Jalani Saringan Wabak Covid-19

Kakitangan KKM membantu sebahagian orang awam yang hadir untuk membuat saringan wabak Covid-19 bagi membendung penularan wabak tersebut berikutan Perintah Kawalan Pergerakan semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 MAC 2020

Pemburu Pembasmi Kuman #Covid19

Pekerja Bug Ezz Pest Control melakukan kerja-kerja pemburan pembasmi kuman di bahagian halaman luar bagi menghalang penularan wabak koronavirus Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari keenam semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Surau Muhajirin Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 MAC 2020

Menteri KPDNHEP Tinjau Barangan Keperluan sempena ‘Perintah Kawalan Pergerakan’

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi meluangkan masa beramah mesra dengan salah seorang pembeli semasa mengadakan lawatan untuk meninjau perkembangan semasa barangan keperluan yang dibeli oleh orang ramai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari kelima bagi mengelak penularan wabak Covid-19 di Hero Market, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 2020