Affan Fauzi
Ketua Pesuruhjaya SPRM Kempen Anti Rasuah SPRM di Pasar Tani
Rekasi ceria Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya ketika menolong mengangkat bakul buah-buahan dan beri kepada sebahgain pengunjung yang hadir pada Program Harga Runtuh Buah-buahan Tempatan dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM Ke- 52 dan FAMA ke - 54 di Tapak Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 OKTOBER 2019
LENSA MG | Demonstrasi TUNTUT “Kecoh” di Luar Parlimen
Anggota polis cuba menahan salah seorang mahasiswa ketika cuba memasuki Parlimen semasa mengadakan Demonstrasi Tuntut Kembalikan Subsidi Petrol sempena pembentangan Belanjawan 2019 di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 OKTOBER 2019
Persatuan Jurugambar “MPPA Juara” Futsal TNB-Media2019
Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek bersama pemain Malaysian Press Photographers Association (MPPA) menjulang piala selepas dinobatkan johan pada Kejohanan Futsal TNB Bersama Media sempena Sambutan Bulan Hari Sukan Negara di Gelanggang Futsal TNB Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 OKTOBER 2019
LENSA MG | Anwar Ibrahim Ketawa Besar
Reaksi ceria Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan semasa sesi soal jawab pada Persidangasn LAWASIA Konstitusi dan Kaedah Undang-Undang di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 04 OKTOBER 2019
Tun M Hadir Persidangasn LAWASIA Konstitusi dan Undang-Undang
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa melihat robotik Omestik pada Persidangasn LAWASIA Konstitusi dan Kaedah Undang-Undang di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 04 OKTOBER 2019
Syed Saddiq Jumpa dan Dialog bersama Penunggang Motosikal FoodPanda
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalaman dengan penunggang-penunggang Food Panda pada Program Sesi Dialog bersama Food Panda di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 OKTOBER 2019
LENSA MG | Pilunya Pemergian Allahyarham Yazit Ahmad #search
Ahli kumpulan Search, Nasir Daud mengucup dahi jenazah bekas pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad yang meninggal dunia sebagai penghormatan terakhir akibat kerosakan otak di Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 SEPTEMBER 2019
LENSA MG | Demonstrasi Bantahan Tapak Projek DBKL Roundabout
Sebahagian daripada peserta menunjukkan plakad bantahan pada Demonstrasi Bantahan Tapak Projek DBKL Roundabout di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 SEPTEMBER 2019
LENSA MG | Kampung Baru Kuala Lumpur #September2019
Seorang ibu menolak anaknya menggunakan troli semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 SEPTEMBER 2019
Khalid Samad Serah Watikah Ahli Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyampaikan watikah kepada Pengerusi Lembaga Rayuan (Perancangan), Datuk Aslam Zainuddin (dua kanan) pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 23 SEPTEMBER 2019

















