Affan Fauzi
LENSA MG | Bunga Malai #DEEPAVALI
Seorang peniaga beragama Hindu begitu teliti mencatumkan kuntum bunga melur pada tali yang disediakan untuk dijadikan sebagai bunga kalung sebelum dijual kepada masyarakat kaum India sebagai persiapan sempena sambutan Hari Deepavali yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Brickfields, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 OKTOBER 2019
LENSA MG | Aksi JDT Tewaskan Selangor 0-3
Pemain JDT, Safawi Rasid meraikan jaringan ketiga pasukan pada perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2019 pusingan kedua antara pasukan Selangor menentang pasukan Johor Darul Ta'Zim di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2019
LENSA MG | Isi Kandungan Buku Komik Kontraversi
Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Mak Kah Keong menunjukkan isi kandungan Komik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menghina Tun Abdul Razak Hussein dan cuba menyebarkan kebencian kepada tokoh itu di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur.foto AFFAN FAUZI, 23 OKTOBER 2019
LENSA MG | NAJIB RAZAK #BOSSKU
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada penghujahan berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 OKTOBER 2019.
LENSA MG | Tun M, Wan Azizah Hadir di Dewan Rakyat
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjawab soalan pada Sidang Dewan Rakyat sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kiri) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI 22, OKTOBER 2019
R.Ramasamy Selesai Beri Keterangan di Bukit Aman
Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang, Prof Dr R.Ramasamy berjalan keluar selepas selesai memberikan keterangan berhubung dua artikel yang masing-masing disiarkan dalam portal berita MalaysiaGazette dan juga Malaysia Kini awal Oktober ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2019
LENSA MG | Mat Sabu dan Hishammuddin
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu beramah msera dengan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) semasa hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2019
LENSA MG | Mat Sabu Kena Suap Pulut Kuning
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menerima suapan pulut kuning daripada timbalannya, Senator Liew Chin Tong (kanan) pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di Ausitorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 OKTOBER 2019
Pak Wan Rasmi Permulaan Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bergambar kenangan dengan ahli-ahli koperasi yang hadir pada Majlis Perasmian Permulaan Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad di Angkasa, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 OKTOBER 2019

















