Friday, March 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Daily Life – Raya Korban 2018

Gelagat seorang penduduk menjunjung seekor kambing sebelum dikorbankan pada Majlis Korban Perdana 2018 anjuran Tahfiz al-Madrasatul Faridiyah dan Surau At-Taqwa sempena hari raya korban di PPR Kg. Baru Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 OGOS 2018

Daily Life – Lemang Panas

Sebahagian pekerja leamang sedang memantau proses membakar lemang untuk dijual kepada pembeli sempena menjelang Aidiladha pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 OGOS 2018

Daily Life – Lembu dan Kambing Sedia Untuk Korban

Aksi sebahagian kambing yang berlari didalam kandang yang ditempah oleh pembeli untuk melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Raba, Kuala Langat, Banting, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 16 OGOS 2018

Walkabout Calon DAP – PRK Balakong

Calon Pakatan Harapan N.27 Balakong, Wong Siew Ki bersalaman dan beramah mesra bersama pengunjung sebuah restoran ketika sesi "walkabout" sempena kempen Pilihan Raya Kecil N. 47 Balakong di Cheras Perdana, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2018

Mat Sabu Lawatan dan Sesi Dialog di Maktab Angkatan Tentera Diraja

Menteri Pertahanan, Yb Mohamad Sabu beramah mesra bersama sebahagian putera-putera Maktab Angkatan Tentera Diraja ketika mengadakan lawatan dan sesi dialog di Maktab Angkatan Tentera Diraja, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2018

Pelancaran eWallet KK Super Mart dan Touch n Go

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen sambil diiringi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK Super Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai (kanan) menunjukkan kod Touch n Go pada Majlis Pelancaran eWallet KK Super Mart dan Touch n Go di KK Super Mart, Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2018

Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Zaidi Aziz mengibarkan bendera sebagai gimik pelancaran melepaskan jentera "Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku" selepas selesai mengadakan sesi perjumpaan bersama kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membincangkan beberapa perkara dan hala tuju pertubuhan dan pembangunan belia di Malaysia di Bilik Mesyuarat MBM, Wisma Majlis Belia Malaysia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 OGOS 2018

Nurul Izzah Lawatan Kerja ke PTPK

Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), Nurul Izzah Anwar sambil diiringi Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Datuk Seri Adenan Abdul Rahman (kiri) ketika mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 27, PTPK, Menara Datuk Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 OGOS 2018

Jamal Yunos Buat Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Merangkap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,Datuk Seri Jamal Md Yunos menadah tangan mengaminkan doa selepas selesai solat maghrib pada Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin di kediamannya yang terletak di Lorong C, Jalan 4M, Ampang Jaya, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 OGOS 2018

JSJN Berjaya Tumpas RM1.56 juta Syabu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh menunjukkan dadah disyaki syabu berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM 1.56 juta dipercayai untuk pasaran Sabah dan Sarawak dengan menggunakan keldai dadah di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 OGOS 2018