Affan Fauzi
Ismail Sabri Lancar Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat replika bangunan rumah pada Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 (BP3.0) Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 JULAI 2022.
Hidupan Laut Di Bandaraya Kuala Lumpur – Aquaria KLCC
Orang ramai tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka bagi melihat spesis hidupan laut sempena cuti umum perayaan Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2022.
Tengku Zafrul dan Noh Omar Hadir Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia...
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar (dua kiri) menyerahkan surat tawaran kemasukan pelajar dan penyampaian sumbangan bantuan pendidikan kepada penerima pada Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 di Dewan Datuk Penggawa Permatang, Kuala Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 JULAI 2022.
Tapak Pelupusan Bahan Kimia Haram Punca Bau Busuk di Dengkil
Kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil sampel toksik di lokasi pencemaran bau kimia di Kampung Semarang, Dengkil, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 05 JULAI 2022.
Ahmad Zahid, Syed Saddiq Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 JULAI 2022.
Fahmi Fadzil di Program Jualan Amal Prihatin Rakyat Mydin
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil beramah mesra bersama penduduk sekitar flat Lembah Pantai pada Program Jualan Amal Prihatin Rakyat Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa Bukit Angkasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 02 JUN 2022.
Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang di Kampung Baru
Sebahagian peserta yang menyertai Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang memegang plakad bantahan di Jada-an Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2022.
Operasi Imigresen Gempur Rumah dan Angkut PATI di Segambut
Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di Segambut, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2022.
Mahdzir Khalid Hadir Sambutan Hari Pendidik MARA 2022
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berswafoto dengan tetamu yang hadir pada Sambutan Hari Pendidik MARA 2022 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 JUN 2022.
Mahdzir Khalid di Sambutan Ulang Tahun Pelaburan MARA Berhad Ke-55
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 55 Pelaburan MARA Berhad dan Pelancaran Dana Unit Amanah Terbaharu PMB di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 JUN 2022.
















