Affan Fauzi
Ismail Sabri Mesra Dengan Jentera Barisan Nasional #PRNJohor
Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Jentera Barisan Nasional Muar sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke- 15 di Bangunan UMNO Bahagian Muar, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2022.
Mukhriz Mahathir Lancar Jentera Parti Pejuang #PRNJohor
Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama timbalannya, Datuk Marzuki Yahya mengibarkan bendera Pejuang pada Majlis Pelancaran Jentera Parti Pejuang sempena Pilihan Raya Negeri Johor 2022 di Taman Universiti, Skudai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 10 FEBRUARI 2022.
Hasni Mohammad Luang Masa Dengan Usahawan Muda
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad meluangkan masa beramah mesra dengan usahawan muda bahagian teknologi maklumat selepas Majlis Pelancaran Common Ground Iskandar Space di Bandar Medini, iskandar Puteri, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 10 FEBRUARI 2022.
Shahidan Kassim Tunjuk Kebolehan Memasak di Agrobazaar Putrajaya
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias megunjungi gerai jualan semasa mengadakan walkabout ke program Agrobazaar dan Karnival Food Truck Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 di Presint 2, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2022.
KJ Terima Memorandum Dari Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima memorandum dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia di Kementerian Kesihatan Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2022.
Muhyiddin Yassin Hadir Mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2022.
Khairy Jamaluddin Hadir Sidang Media Perkembangan Penularan Omicron #Covid19
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah (kanan) selepas sidang media khas mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 07 FEBRUARI 2022.
Menteri Agama Rasmi Sambutan Bulan Solat Peringkat Kebangsaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad bersama timbalannya,Datuk Ahmad Marzuk Shaary (kiri) bergambar kenangan bersama para hadirin yang hadir pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Solat Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Kompleks Islam Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 04 FEBRUARI 2022.
Tarian Singa Kembali Beraksi #TahunBaruCina
Gelagat kanak-kanak menyentuh Tarian Singa sewaktu melakukan persembahan di perkarangan pusat membeli-belah sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 FEBRUARI 2022.
Memorandum PPDM Kepada PM dan Wakil-Wakil Parti Politik
Memorandum PPDM kepada Perdana Menteri dan Presiden Parti Politik Malaysia di Brainy Bunch Cyberjaya. Foto AFFAN FAUZI, 02 FEBRUARI 2022.

















