Affan Fauzi
Warga Asing ‘Melepak’ Ibu Kota #CutiUmum #DailyLife
Warga asing beratur untuk menaiki bas sempena cuti umum perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2022.
3 Dimensi ‘Harimau Mengaum’ Gegar Ibu Kota
Paparan skrin besar visual tiga dimensi (3D) seekor harimau sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavillion Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2022.
PDRM Rampas Dadah Bernilai RM5.08j
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman menunjukkan barang rampasan dadah bernilai RM5.08 juta selepas sidang media mengenai kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh warganegara asing dan tempatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2022.
Aliran Trafik Tol Gombak Sesak, Warga Kota Pulang ke Kampung #TahunBaruCina
Kesesakan aliran trafik menghala ke Pantai Timur berikutan orang ramai mula pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Karak. Foto AFFAN FAUZI, 29 JANUARI 2022.
Muhyiddin Yassin dan Hadi Awang Muzakarah PPBM – PAS 2022
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan) Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menurunkan tandatangan selepas sidang media sempena Muzakarah Bersatu - PAS 2022 di Hotel Glenmarie Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 JANUARI 2022.
Alaxender Tinjau Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2022
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2022 yang akan mula berkuatkuasa hari ini sehingga 4 Februari di Pasar Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 29 JANUARI 2022.
Suasana Pagi Pasar Pudu, Kuala Lumpur #DailyLife
Orang awam mencari barangan basah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 yang akan mula berkuatkuasa hari ini sehingga 4 Februari di Pasar Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 29 JANUARI 2022.
Daniel Iskandar dan AJK Masjid Al Islahiah Akhirnya Berpelukan
Daniel Iskandar menerima pelukan daripada salah seorang AJK Masjid selepas pertemuan yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar selepas semua pihak yang terlibat dalam kes memandikan seperti jenazah mengambil keputusan untuk berdamai dan menyelesaikan perkara tersebut secara baik di Masjid Al-Islahiah Kuang, Rawang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 JANUARI 2022.
Keadaan Rumah Rosak Akibat Ribut di Kampung Kebun Bunga
Bumbung rumah yang musnah akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di Kampung Kebun Bunga pada petang semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 JANUARI 2022.
Ketua Polis Daerah Shah Alam di Op Selamat 17 Tahun Baru...
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib menyarungkan topi keledar kepada penunggang motosikal pada Majlis Pelancaran Op Selamat 17 sempena perayaan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Kemuning, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 27 JANUARI 2022.

















