Sunday, September 13, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Najib Razak di Mahkamah Kuala Lumpur #1MDB

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 JANUARI 2022.

Syed Saddiq Selesai Beri Keterangan di IPD Dang Wangi

Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya hadir untuk memberi keterangan berkaitan Penyerahan Memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim di Parlimen pada Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 JANUARI 2022.

Shahidan Kassim Serah Sumbangan Tahun Baru Cina Komuniti KL 2022

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim beramah mesra dengan seorang penerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina 2022 di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 JANUARI 2022.

Ismail Sabri Lawat Tun M di Institut Jantung Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JANUARI 2022.

LENSA MG | Himpunan #TangkapAzamBaki

Seorang peserta yang berpakaian uniform SPRM ketika perarakan semasa mengadakan Himpunan #TangkapAzamBaki di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JANUARI 2022.

Laluan Utama di Kuala Lumpur Ditutup dan Dilencongkan

Anggota polis membuat sekatan dan melencongkan beberapa jalan utama di ibu negara susulan penganjuran perhimpunan TangkapAzamBaki yang dijadual berlangsung hari ini di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JANUARI 2022.

Pelepasan Konvoi ‘Golden Ride’ KL – Arau 2022

Penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan persiapan sebelum berlepas pada Program Konvoi ÔGolden RideÕ KL Ð Arau 2022 sempena sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 JANUARI 2022.

Nasrudin Hassan di Majlis Penutup Bulan Dakwah YADIM

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan menerima sijil Malaysia Book of Record daripada Penyelaras Program MBOR, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof (kanan) pada Majlis Penutup Bulan Dakwah YADIM 2021 dan Penyampaian Sijil Malaysia Book Of Record program Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti Sirah Nabawiyyah Rahiq Al Makhtum Sempena Maulidur Rasul 1443H di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 19 JANUARI 2022.

Sekatan Jalan Raya Polis Kantoikan Pemuda Bawa Dadah

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman mengatakan sesuatu kepada penunggang motosikal yang memiliki barang terlarang di laluan Selayang semasa mengadakan dalam Ops Utama P-Hailing Lampu Merah di hadapan dengan Pasar Selayang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 JANUARI 2022.

Terima Dos Ketiga, Kekal Status Lengkap Vaksinasi #Covid19

Gelagat seorang penerima berswafoto sambil menunjukkan kad vaksinasi Covid-19 selepas menerima dos penggalakan vaksin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Lembah Klang, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 15 JANUARI 2022.