Affan Fauzi
Zuraida Kamaruddin Memperkenalkan Karakter ‘Profesor Koko’
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin serta yang lain bergambar kenangan selepas Majlis Pelancaran Iklan Video Komersial dan Promosi Koko di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 14 JANUARI 2022.
Memorandum Bantahan Keganasan, Kezaliman Terhadap Umat Islam di India
Plakad bantahan yang ditunjukkan selepas sidang media mengenai umat Islam di India yang diancam golongan fanatik Hindu di Restoran Syed Bistro, Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 JANUARI 2022.
Persediaan Awal Sambut Thaipusam #DailyLife
Sebahagian penganut agama hindu melakukan upacara keagamaan awal dengan melakukan nazar membawa belanga susu di Kuil Sri Subramaniar Swamy bagi mengelakkan kesesakan ketika sambutan Thaipusam yang akan menjelang pada 18 Januari ini sebagai langkah mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2022.
Enam Suspek Pukul Pemandu e-Hailing Hingga Maut Didakwa di Mahkamah KL
Sebuah trak polis dipercayai membawa enam suspek ke mahkamah untuk didakwa susulan membelasah seorang pemandu e-hailing hingga maut di sebuah pusat hiburan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2022.
Najib Terima Memorandum Pencarum KWSP Tuntut Pengeluaran ‘One-Off’
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Memorandum Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 secara one-off daripada wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir sambil diiringi Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kanan) di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 JANUARI 2022.
Persiapan Anak ke Sekolah
Ibu bapa memilih uniform sekolah untuk anak mereka bagi persiapan sesi persekolahan yang akan dibuka pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 09 JANUARI 2022.
Najib Hadir Perbicaraan Kes 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JANUARI 2022.
MB Selangor Lawat dan Bantu Mangsa Banjir di Dengkil
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membantu penduduk membersihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat banjir di Kampung Cemperai, Dengkil, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 DISEMBER 2021.
Asrama UIAM Dikosongkan Akibat Tanah Runtuh
Keadaan tanah runtuh di salah satu blok asrama lelaki berikutan hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2021.

















