Affan Fauzi
Najib Razak Hadir Forum Ekonomi China Sedunia 2021
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Pengerusi WCEF merangkap Pengasas dan Pengerusi International Strategy Institute (ISI), Cheah Chyuan Yong (dua kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada Forum Ekonomi China Sedunia 2021 (WCEF) in Malaysia di Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya, Selangor Foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2021.
Santa Claus Kunjung Pavilion #HariNatal
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bergambar dengan Santa Claus ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Natal di Pavillion Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 DISEMBER 2020.
Sekatan Jalan Raya ‘Operasi Khas’ Ambang Krismas
Anggota polis memeriksa lesen penunggang motosikal ketika mengadakan sekatan jalan raya dalam Operasi Khas Ops Motosikal sempena malam sambutan Hari Natal di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 DISEMBER 2021.
Jemaah Syukur Dapat Solat Jumaat di Masjid #Banjir
Penduduk menunaikan solat jumaat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pasca banjir berikutan hujan lebat yang berterusan di Masjid Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBER 2021.
Suspek Utama Bunuh Kenalan Didakwa di Mahkamah Kajang
Anggota polis membawa tiga suspek untuk didakwa bagi kes tikam mati mangsa dalam pergaduhan pada hari Deepavali dalam satu kejadian di Balakong Jaya November lalu di Kompleks Mahkamah Kajang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBER 2021.
Bantuan Keperluan Asas Untuk Penduduk Taman Sri Muda
Penduduk yang terkesan dengan banjir beratur untuk mengambil barangan keperluan asas akibat hujan lebat yang berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2021.
Suasana Hiba Hulu Langat Selepas Bencana Banjir
Pemandangan udara kawasan yang dilanda banjir akibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 DISEMBER 2021.
Kudrat Anggota ATM, Bomba Bantu Mangsa Banjir
Beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan bot bagi membantu membawa keluar mangsa-mangsa banjir skibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Seri Muda Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 DISEMBER 2021.
Keadaan Rumah Selepas Hanyut Dibawa Banjir
Ruhana Mahfuz, 75, hanya mampu termenung melihat rumah pusaka keluarganya yang berusia lebih 50 tahun dihanyutkan selepas kawasan tersebut dilanda banjir dua hari lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2021.
Pasca Banjir Hulu Langat
Penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan selepas dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2021.

















